Jom Nengok.

CERPEN

 Saat Lafaz Sakinah


“Astarfirullahalazaim”Sakinah meraup muka beberapa kali selepas membaca doa bangun dari tidur dia terus bangkit dari tempat tidur terus ke tandas untuk membersihkan diri serta berwudhu untuk menunaikan solat sunat serta bertahajjud di sepertiga malam sudah menjadi amalannya semenjak menjejak kaki ke universiti lagi,kini setelah setahun meninggalkan universiti dan menjejak kaki ke alam pekerjaan amalan itu tetap dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tawaduk dengan niat hanya satu iaitu untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T semata-mata.

”ya Allah,apakah petanda yang ingin Engkau sampaikan sehingga tiga malam berturut-turut aku bermimpi benda yang sama,mimpi melihat bayangan seseorang yang amat dia nantikan kehadirannya tetapi semakin dia menghampiri semakin bayangan itu menjauhi dirinya ya Rabb apakah petanda itu Sakinah merintih pedih”
Bertahun-tahun jiwanya resah menanti satu penantian yang tidak pasti jawapannya...

“Assalamualaikum ustazah,terdengar suara halus memanggil sakinah dari belakang,dia terus berhenti melangkah sambil menjawab salam yang suci itu...bibirnya tersenyum kecil melihat Alia berlari-lari anak menghampirinya lalu mengambil tanganya terus menciumnya,Ya ada apa sayang??”

“ustazah ni ada hadiah dari paksu kamal”,ucap Alia perlahan dan terus meletakkan sebungkus hadiah yang berbalut cantik dan terus berlari sebelum sakinah sempat menanya apa-apa tentang hadiah tersebut..
sakinah mengeleng kepalanya dengan telatah Alia si anak kecil yang polos.

”Apa lagi Kamal Asyraf ni” gerutu Sakinah dalam hati.sememangnya dia tidak menyenangi pemberian Kamal Asyraf itu.Sebolehnya dia tidak mahu dipandang serong oleh guru-guru lain, ini kerana bukan dia tidak pernah mendengar bisik-bisik yang tidak enak dipendengarannya.

Kamal Asyraf pemuda yang tidak pernah kenal erti  serik untuk memikat hati Sakinah,.Pertama kali melihat Sakinah terus hatinya jatuh cinta pandang pertama ketika mewakili kedua ibubapa Alia yang tidak dapat menghadiri di majlis penyampaian kad laporan peperiksaan pertengahan tahun lepas.
Sakinah dilihat begitu cantik dan anggun dengan menutup mahkotanya dengan tudung labuh dan jubah yang sentiasa melindungi tubuhnya.Bukan seperti khety atau sally yang dikenalinya yang hanya suka memakai mini skirt dan skaf dililit di batang leher bukan di kepala..seorang gadis muslimah seperti sakinah dia igaukan untuk dijadikan bidadari hidupnya.sakinah selaku guru kelas Alia dianggap satu peluang keemasan untuk memikat ratu hatinya..Saban waktu ada sahaja hadiah yang dikirimkan kepada Sakinah melalui Alia dengan merasuah Alia dengan mengikut apa sahaja kehendak Alia dengan syarat barangan yang dikirim sampaikan di tangan sakinah.Bukan dia tak tahu jika dikirim coklat habis satu kelas dibahagikannya sampai habis,jika di beri bunga akan disedekah kepada bilik guru untuk dijadikan hiasan penambah seri bilik itu.kali ini dia memilih kain sutera cina dibeli ketika outstation di Hong Kong seminggu yang lalu..Sutera cina cukup terkenal dengan kelembutan dan kewangiannya dipilih yang paling mahal buat raru hatinya bercorakkan bunga kecil berwarna merah bertanahkan putih amat cantik di penglihatannya jika dipakai oleh sakinah.
Sakinah menjawab handset yang beriramakan lagu ainul mardiah kesukaannya apabila melihat nama ummi tertera.
”Waalaikummusalam ummi”, sakinah menjawab salam umminya.
Setelah saling bertanya khabar,Hajjah Fatimah terus memberitahu tujuan sebenar dia menelefon anak gadisnya itu,Sakinah tekun mendengar dan mengakiri perbualan setelah mendengar Azan zohor di masjid yang berdekatan dengan sekolah.Masih terngia-gia di perdengarannya ummi memberitahu ada surat jemputan untuk menghadiri reunion tingkatan enam atas Bukhari yang akan berlangsung pada cuti persekolah jun ini..Setelah 5 tahun akhirnya mereka akan bersua kembali jantungnya berdebar-berdebar mendengar berita tersebut adakah penantian ini akan ternoktah jua.
Lewat petang itu ketika beliau sedang menonton nasyid tv di RTM bersama Nisa house matenya yang juga seorang guru di sekolahnya Cuma Nisa mengajar subjek bahasa melayu dan dia mengajar subjek pendidikan islam.Nisa dikenalinya ketika di alam kampus lagi malah menjadi teman rapat nya ketika tahun 3 dan 4 kerana dijodohkan di bilik yang sama selama dua tahun berturut-turut malah kini dia disatukan lagi dengan Nisa dengan menjadi tenaga pengajar di sekolah yang sama.Nisa teman yang baik serta seorang setia mendengar dan penasihat yang baik baginya.
 “Nisa,tengah hari tadi ummi aku telefon”,sakinah memecah antara mereka berdua.
“Aku dijemput ke majlis reunion tingkatan enam atas bukhari”
Sakinah memberitahu Nisa yang tengah khusuk menonton kumpulan nasyid kegemarannya iaitu kumpulan devotees.Nisa tanpa mengalih penglihatannya terus menjawab
“memang patut la diorang jemput kau kinah,kau kan penolong presiden” Nisa memberi komennya,baginya memang wajar sakinah dijemput kerana dia bukan pelajar biasa tetapi memegang pelbagai jawatan ketika di SMKAF.
“Tetapi aku rasa tak sedap hati lah Nis”,terluah juga masalah yang membelengu diri sakinah semenjak menerima panggilan telifon daripada ummi.Nisa berpaling melihat sakinah yang sedang menarik-narik bucu bantal peluk.
 “banyak tapi la engkau Kinah,apa maksud engkau?” Nisa menanya soalan yang dia sudah pasti akan jawapannya.
“Aku takut la..engkau kan tahu sudah 5 tahun aku terputus hubungan dengan kawan-kawan aku termasuk dengan Dia”.
Sakinah sengaja menyembunyikan diri daripada teman-temannya,bukan dia tidak menerima email atau surat daripada sahabat-sahabatnya,malah banyak tetapi sengaja dibiarkan sepi tanpa balasan,dia mempunyai alasan yang tersendiri walaupum sudah jenuh Nisa menasihatinya agar membalas surat atau email yang dihantar.
“Itulah kau masa aku suruh bukak akaun facebook cari kawan-kawan lama,kau cakap takut lalai la, macam-macam alasan yang kau beri,kalau dari dulu lagi kau dah ada akaun facebook aku rasa kau takde la rasa cuak sangat nak jumpa kawan-kawan lama kau tu”,Nisa terus membebel.
 “aku minta nasihat kau Nisa bukannya nak dengar kau membebel pasal facebook,biarlah orang nak cakap aku kolot ke apa sebab aku takde facebook,aku tak kisah pun” ,balas Sakinah geram,Nisa tak habis-habis dengan facebook nya.
“Habis tu kau tak nak pegi la??”tanya Nisa lagi.
“aku tak tahu,aku malu sebenarnya,ye la boleh dikatakan hampir kesemua kawan-kawan aku dapat belajar di timur tengah,ada di bumi Mesir,Jordan,Syiria dan presiden si Muhammad Faris al-Fawwaz menyambung pengajiannya dalam ilmu usuluddin dan falsafahnya di Madinah,hanya aku je menyambung pengajian di universiti tempatan aku malu nak bersemuka dengan diorang padahal aku cukup gah semasa memimpin persatuan pra universiti bersama-sama Faris walaupum kami selalu bercanggah pendapat” Sakinah memberikan alasan yang sudah lali di perdengaran Nisa.
Banyak sangat kenangan semasa berada di tingkatan enam atas Bukhari.
Disitu lah jua Dia berjanji akan mengikat aku untuk menjadi isterinya yang sah apabila masing-masing sudah tamat pengajian.Dia seorang yang warak,sangat pemalu dan hanya akan mengeluarkan suara apabila perlu,batas pergaulan dijaga,tidak pernah mengangkat pandangan apabila berjalan.Ya Allah aku mencintainya kerana agamanya,apabila runtuh agamanya maka hilanglah cinta ku kepadanya bisik hati Sakinah.Masih segar diingatannya pada petang hari terakhirnya di sekolah apabila tamat peperiksaan kertas terakhir dia mendapati ada satu bungkusan hadiah yang berbalut cantik di bawah mejanya.apabila dibuka Isinya sebuah Tafsir kitab suci al-Quran yang berwarna Unggu lembut warna kesukaannya.Di sampingnya itu terdapat sepucuk surat yang berbunyi
Assalamualaikum..
Kehadapan Nur Sakinah,Ana harap sakinah tidak terkejut dengan kehadiran warkah yang tidak diundang ini,demi Allah semakin ana usir perasaan ini semakin ia menjerat perasaan ana,ana hanyalah insan biasa yang telah dicampak oleh Allah swt akan rasa cinta kepada insan lain.Setelah dua tahun ana melihat keperibadian anti yang menepati ciri-ciri wanita solehah dambaan setiap lelaki.Ana tidak ingin dengan memendam perasaan ini yang mana kelak akan mengecewakan diri ana sendiri,Ana hanya ingin anti tahu bahawa ana Muhammad Uwais bin Maliki akan menanti anti setelah habis belajar untuk dijadikan bidadari ana..Semoga Allah permudahkan jodoh kita dan ana tidak mengharapkan anti meletakkan cinta ana melebihi cinta kepada Illahi kerana kita hanya hambanya yang kerdil dan dialah selayaknya kita cintai terlebih dahulu..Hanya satu yang ana inginkan iaitu izinkan diri ini mengikat anti secara tidak rasmi.semoga hubungan kita di permudahkan.yang benar
Muhammad uwais bin maliki
Sudah 5 tahun al-Quran tersebut menjadi penemannya.Secara tidak rasmi dia juga sudah bergelar tunangan orang,rahsia ini disimpan kemas bagi Sakinah perkara ini tidak perlu diheboh-hebohkan kerana siapalah dia yang akan menentukan masa hadapan.Dia hanya berserah kepada ketentuan Illahi andai Uwais sudah ditakdirkan untuknya doanya agar hati mereka disatukan.
Cuti pertengahan tahun menjengah jua.
 “Kinah kalau ada berita gembira kau jangan lupa bagitahu aku okey”pesan Nisa sebelum mereka berangkat pulang ke kampung masing-masing.
 “InsyaAllah Nis,nanti apa-apa hal aku bagitahu engkau” janji Sakinah ketika mereka bersalaman.
Suasana sunyi ketika dia sampai di perkarangan sekolah SMKAF,selepas lima tahun dia tidak menjejak kaki disitu sudah banyak berlaku perubahan,.Dia menatap lama masjid Safwatul Abrar  yang begitu gah dihadapnnya juga merupakan  mercu tanda sekolahnya.
“Assalamualaikum”terdengar suara garau memberi salam.
“Waalaikumusalam”Sakinah menjawab salam sambil berpaling,dia mengerut keningnya cuba mengigati wajah di depannya.
“Anti tak ingat ana lagi?” suara itu menegur.
“Maaf,siapa ya?” soal Sakinah perlahan.Sudah dikerah otaknya untuk mengingati tetapi dia masih tidak dapat mengingati gerangan siapakah dihadapannya yang berkumis dan berjanggut itu,apa yang dia pasti ada nur keimanan di seraut wajah jejaka itu.
“Ana Muhammmad Faris al-Fawwaz,mantan presiden persatuan pra Universiti”.Faris mempelkenalkan dirinya setelah melihat Sakinah seperti tidak mengecam dirinya.
“Ya Allah,malunya rakan sekelas dan seperjuangan sendiri pun aku boleh lupa.Sakinah bermonolog sendirian.
“Maafkan ana Faris,ana tak dapat nak cam anta sekarang,maklumlah dah lama tak bersua,anta jauh berubah” Sakinah memberitahu pendapatnya.
“Anti pun”...Belum sempat Faris meneruskan perbualan mereka sebuah perodua myvi masuk ke dalam perkarangan sekolah membuatkan mata mereka berdua tertumpu ke arah kereta tersebut.
 “Assalamualaikum ya syaikh”.terdengar suara memberi salam serentak Qayyum keluar daripada kereta tersebut.Sakinah hanya memandang dua sahabat itu berpelukan.
 “Zaujah anta ke ni Faris,ana tak tahu pulak korang berdua sudah kahwin” soal Qayyum. Faris hanya tersenyum mendengar soalan tersebut Sakinah pula hanya tertunduk malu.
“InsyaAllah seandainya ada jodoh kami”Faris menjawab sambil menepuk-nepuk bahu Qayyum.
“opss..maafkan ana” Qayyum meminta maaf kerana dia sudah tersalah sangka.
Sakinah meminta izin untuk ke dewan,dia tidak mahu ada yang tersalah sangka lagi.Terdengar riuh-rendah suara rakan-rakannya di dewan
“eh sahabat-sahabat cuba tengok siapa yang datang” terdengar suara Amni.
Semua mata tertumpu kepada Sakinah membuatkan dia berhenti melangkah.lantaran itu Amni terus mendapatkannya,dia dipeluk oleh sahabat-sahabtnya tidak kurang juga yang meleterinya kerana menyembunyikan diri selama 5 tahun.
Sakinah begitu gembira dapat bertemu semula dengan sahabat-sahabat lamanya.Banyak kisah sewaktu di zaman persekolahan diungkit.Ada yang manis tidak kurang juga yang pahit semua di keluarkan.Kebanyakan sahabat-sahabatnya sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata sendiri,apabila dihitung-hitung umur mereka sudah 25tahun,sudah layak untuk bergelar suami dan isteri.Tetapi masih ada yang tidak hadir lagi...ingatkan dia yang paling lewat..kalau bukan si Nisa awal-awal pagi lagi asyik duk call mendesak dia ke sekolah awal-awal agaknya mungkin dia yang paling lewat sampai.
“Mana pasangan bahagia ni tak sampai-sampai lagi,janji nak datang awal” terdengar Aisyah merungut-rungut.
Siapa lagi yang tak datang selain Sahabat baiknya Nurul Imani dan Muhammad Uwais.Saat nama itu disebut terasa hatinya bergetar hebat,ada kerinduan disitu.
Sakinah meneka-neka sendirian tanpa menyuarakan kepada Aisyah.
“Itu pun diorang dah sampai,panjang umur” Asiah Hafni pula memberitahu.
Serentak itu Sakinah berpaling ke pintu utama dewan.Bagaikan hendak gugur jantungnya ketika itu..Pasangan bahagia...memang nampak bahagia..Dirasakan nafasnya seakan-akan tersekat di kerongkong dan terasa ingin pitam juga...Selepas mantan presiden iaitu Muhammad Faris al-Fawwaz memberikan sepatah dua kata dia terus meminta izin untuk pulang kerana ada hal kecemasan..Dia terpaksa berbohong demi mengelakkan air matanya tumpah di hadapan sahabat-sahabatnya itu.Dia bukanya seorang penagih cinta.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim ujian apakah ini sakinah merintih dalam tangisannya..Ya Rabb andai ini takdir hidupku,aku redha.Mungkin dia dicipta bukan untukku..Sakinah memberhentikan keretanya dibahu jalan apabila pandangannya kabur dek air mata yang laju menuruni pipinya.Penantian selama ini sudah menemui titik noktahnya.
Muhammad Uwais yang dibayangkan akan menjadi pelengkap hidupnya sudah menjadi hak milik sahabat baiknya sendiri.Nurul Imani Abdul Rahman.Rupanya sudah hampir setahun mereka melayari bahtera rumah tangga bersama,berkahwin di Mesir bumi Anbia ketika masing-masing berada di tahun terakhir,itu yang dikhabarkan oleh Asiah Hafni.Dia sedaya upaya menyembunyikan gelodak hati malah setabahnya bertahan agar air matanya tidak menitis dikala mendengar khabaran tersebut.Hanya Allah yang mengetahui perasaannya saat itu..Sakinah berterusan beristirfar serta berselawat di dalam hati untuk memadam luka dan laranya pada saat itu.Saat berpelukan serta bertanya Khabar dengan Nurul Imani dia hanya mampu tersenyum manis serta mengucap tahniah di atas perkahwinan mereka.Dilihat Uwais yang sedang bersembang dengan Baihaqi dihujung dewan hanya memandang wajahnya dengan bersahaja.Tidak adakah rasa bersalah terhadap dirinya yang setia menunggu dirinya selama ini atau janji itu hanya permainannya sahaja.Kepada siapa hendak dia mengadu??
Takkan hanya kerana Uwais tidak mengahwininya dia akan membenci Nurul Imani.Itu tidak mungkin terjadi kerana dia masih ada akal yang waras dan iman yang teguh di dada.Dia tidak mahu tunduk kepada bisikan syaitan supaya memusihi dan membenci Imani sekaligus mencop imani sebagai perampas.
Selepas seminggu berlalu,maka cuti pertengahan tahun berakhir.Sakinah sampai di Kuala Selangor lewat petang Sabtu,sengaja dia datang awal untuk beristirehat pada hari ahad kerana seharian memandu dari kelantan.Selepas menghantar Nur Safirah adik bongsunya di Universiti Kebangsaan Malaysia dia terus memecut perodua kelisanya menuju Kuala Selangor.Setiba dirumah tidak di sangka Honda Jazz Nisa sudah terpakir di bawah garaj rumah.Salam di beri tidak bersahut apabila masuk ke dalam rumah Sakinah mengeleng beberapa kali melihat Nisa tidur pulas di atas kerusi.
”Ya Rabb Nisa bangun dah nak masuk magrib ni” kejut Sakinah perlahan.
Apabila melihat Nisa bangun sambil mengosok matanya Sakinah terus berlalu ke biliknya.
Seusai solat maghrib Sakinah mencapai Kitab Tafsir al-Quran berwarna unggu pemberian Uwais lalu dibaca surah Ar-Rahman dibaca tafsirannya sekali bersama titisan air mata keinsafan.Dia merasa amat berdosa sekali kerana pernah menyalahkan takdir Allah.Dia sedar kini bahawa Allah mempunyai perancanganNya terhadap setiap hambanya.
”Ya Rabb adakah aku seorang yang kufur nikmatmu?,aku sudah melampau batas kerana menaruh harapan dan melabuhkan cinta kepada seorang rijal selama ini”.Rintih sakinah dalam sendunya.
Terdengar ketukan di luar pintu biliknya.
“Kinah boleh aku masuk”Nisa meminta izin.
“Masuklah Nis”. Jemput Sakinah perlahan.
Lalu Nisa membuka pintu dan melihat sakinah sedang berteleku di atas sejadah berserta al-Quran di pelukannya,dilihat wajah Sakinah sendu,tahulah bukan berita gembira yang diharapkannya akan diceritakan oleh Sakinah mungkin ada cerita lain yang membuatkan sahabatnya begitu sedih.
 “Kinah kenapa ni?”soal Nisa sambil bersimpuh di hadapan sakinah.
Sakinah terus memeluk Nisa.
 “Uwais dah kahwin Nis,dia kahwin dengan Iman sahabat baik aku” beritahu Sakinah dalam esakannya.
Dia bukan hendak menagih cinta Uwais tetapi sedikit sebanyak hatinya terkilan kerana terasa dipermainkan oleh Uwais...
Lewat petang itu,Seperti biasa Sakinah berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya yang jaraknya hanya 2km sahaja.Cuma hari itu dia balik sedikit lewat kerana mengadakan kelas khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR kurang 3 bulan dari sekarang.Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada yang agak lemah di dalam mata pelajaran pendidikan Islam.Dari kejauhan dia sudah melihat Kamal Asyraf yang setia menunggunya di bangku di hadapan sekolah.Bukannya dia tidak tahu Kamal Asyraf telah menunggu dia dua jam yang lalu,itu pum dia tidak sengaja terpandang dari dalam kelasnya yang berada di tingkat dua serta berhadapan pintu pagar membolehkan dia melihat kenderaan yang lalu lalang di hadpan sekolah.Ketika melintas di hadapan kamal Asyraf
“Nur Sakinah izinkan saya menyunting awak sebagai permaisuri hidup saya”, lamar kamal Asyraf  di hadapan bangunan sekolah lewat petang itu.
Setelah diberitahu oleh Alia bahawa Sakinah akan pulang petang pada hari itu,beliau mengambil peluang untuk meluahkan hasrat hatinya untuk menyunting sakinah sebagai teman hidupnya.Sakinah tidak jadi untuk meneruskan langkahnya
“Awak ingat saya ni orang putih ke?main lamar-lamar ingat saya ni tak ade mak ayah?,lagi pun ummi dan abah saya masih ada lagi kat kampung dan kitakan orang melayu adab tidak boleh dibelakangkan”.Sakinah berhenti serta menarik nafas.
 “Kalau awak betul-betul nak meminang saya pergi rumah saya Petang Jumaat ni,andai kata awak gagal sampai sebelum maghrib lamaran awak ditolak noktah”.Sakinah terus meninggalkan Kamal Asyraf yang masih termanggu dan terkejut dengan permintaan Sakinah.
Selepas beberapa langkah Sakinah meninggalkannya barulah dia tersedar bahawa lamarannya diterima.
 “Yahoooo aku nak kawin” jerit Asyraf membuatkan beberapa mata memandangnya.Dia terus berlari mendapatkan BMW 3 series miliknya sebelum memecut laju untuk menyampaikan hasratnya untuk menyunting Sakinah Kepada Mamanya.
Setelah melihat kesungguhan Kamal Asyraf yang tidak jemu-jemu mengambil hatinnya telah membuka pintu hatinya untuk menerima Kamal Asyraf,baginya tidak salah untuk memberi peluang kepada Kamal Asyraf.
Selepas solat Isya’ sakinah menelefon umminya di kampung..
 “Ummi terima sahaja lamaran itu” tutur Sakinah.Hanya Nafas ummi yang kedengaran di corong telefon membuatkan sakinah tidak keruan.
 “Kinah dah fikir masak-masak ke dengan pilihan kinah ni”?tutur ummi lembut.
Sebagai ibu dia tidak mahu anak gadisnya tersalah pilih,walaubagaimanapun siapa jua pilihan sakinah dia akan tetap menerimanya dengan hati yang terbuka kebahagiaan sakinah bermakna kebahagiaan dia jua.
“Dah ummi, kinah dah fikir masak-masak,kinah harap ummi dan abah merestui pilihan kinah ini”,jawab sakinah.
“lega hati ummi mendegarnya Kinah,dari dulu lagi ummi tunggu saat-saat ni”.Gembira sungguh Hajjah Fatimah apabila anak gadisnya ingin menamatkan zaman gadisnya tak lama lagi,dia bakal menerima menantu lelaki sulung.
 “Ummi,Segala perbelanjaan Kinah yang akan tanggung, ummi dan abah uruskanla apa-apa yang patut, buat ala kadar, tak perlu majlis besar-besaran,jemput sedara-mara terdekat je lagi pum ni hanya majlis pertunangan sahaja”.
Sakinah memberi cadangan. “Ummi ikut aje cadangan Kinah tu”.Hajjah Fatimah memberi persetujuan.Pada fikirannya tak perlu majlis pertunangan yang besar-besaran cukup hanya menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat sahaja.
“Ummi lagi satu,hari pertunangan nanti Kinah tak balik sebab ada kem motivasi untuk budak yang bakal menduduki UPSR nanti” beritahu Sakinah.
“Habis cincinnya nanti nak disarung kat jari ummi ke??,ummi brseloroh membuatkan sakinah tergelak kecil.
Majlis pertunangan berjalan dengar lancar walaupun tanpa Sakinah.Cukuplah dia diwakili oleh walinya.Sebulan tempoh yang ditetapkan oleh pihak lelaki.Ketika diberitahu oleh ummi dia tidak pula membantah kerana dia tahu urusan baik tidak perlulah ditangguh-tanguh lagi. Segala persiapan perkahwinan Sakinah serahkan kepada Umminya,bukan dia hendak melepaskan tangan tetapi umminya bersungguh-sungguh meminta izin untuk menguruskan segala urusan perkahwinannya,dan dia tahu pasti umminya akan lakukan yang terbaik untuk perkahwinannya nanti..
Cincin pertunangan yang sampaikan oleh Safira yang secara kebetulan pulang bercuti sem dibelek-belek,cincin belah rotan yang diterimanya sangat Cantik...tetapi dia teragak-agak untuk menyarungkan di jari manisnya..Akhirnya dengan lafaz Bismillah dia menyarung jua cincin tersebut...Dia kini tunangan orang secara sah.
Namun Sakinah merasa sedikit pelik dengan sikap Kamal Asyraf,semenjak mereka bergelar tunangan,kiriman hadiah mahupun kad-kad kecil yang sering dikirim melalui Alia sudah tidak diterimanya lagi.Mahu bertanyakan Alia perasaan malunya sangat menebal.Mungkin kamal Asyraf ingin menjaga batas perhubungan diantara mereka berdua,ini kerana pertunangan bukanlah tiket untuk membolehkan mereka keluar berdua-duaan.Sakinah bersangka baik terhadap tunangannya itu.
Akhirnya tempoh sebulan berlalu jua,terasa cepat sekali waktu berlalu.Dan kini debaran semakin terasa.Detiknya tiba jua.Sakinah anggun mengenakan jubah serta tudung labuh berwarna unggu air yang dipilih oleh umminya.Senyumanya tidak pernah lekang dari bibirnya menambahkan lagi seri pengantinya.Dengan sedikit mekeup membuatkan dia bertambah cantik tidak jemu mata memandang.Nisa yang menjadi tukang makeupnya Nisa jualah yang memakai inai dijarinya.Selepas Solat zuhur,majlis akad nikah berlangsung di rumahnya yang mana dia dinikahkan sendiri oleh abahnya.
Akhirnya dia sudah sah menjadi milik seorang yang bergelar suami,dia berharap akan menjadi isteri yang solehah buat suaminya nanti.Tidak lama selepas itu Umminya datang dan menyuruh semua tetamu keluar dari bilik untuk memberi ruang kepada pangantin lelaki menyarungkan cincin.Saat pengantin lelaki berada di hadapannya dia tidak berani untuk megangkat wajahnya sehinggalah cincin disarung barulah dia mengangkat mukanya dan alangkah terkejutnya melihat Muhammad Faris al-Fawwaz.Dia terkedu tanpa kata hanya linaran air mata membasahi pipinya membuatkan kamar pengantinnya riuh dengan tangisan pengantin perempuan.Dimana Kamal Asyraf hatinya merintih,di saat dia mula memberi sedikit ruang kepada  Kamal Asyraf di sudut kecil hatinya,tiba-tiba suaminya bukan Kamal Asyraf tetapi mantan presidennya iaitu Faris al-fawwaz apa yang sudah terjadi sebenarnya?di mana harus aku mencari jawapan sakinah merintih.
“ya Allah ujian apakah ini” tutur Sakinah dalam sendu.
Sepatutnya dia harus merasa gembira kerana menjadi pilihan Faris al-Fawwaz yang sememangnya terkenal dengan kewarakannya dan menjadi buah bicara rakan-rakan usrahnya.
ummi yang melihat Sakinah tersedu-seda di majlis perkahwinannya sendiri turut mengalirkan air mata,hati ibu mana yang dapat menahan melihat anak kesayangannya menangis hiba di majlis perkahwinannya sendiri.Suasana di kamar pengantin sepi hanya ummi dan Nisa sahaja yang masih berada disitu untuk mendapat penjelasan daripada Sakinah.Para rombongan dari pihak lelaki sudah menjamu selera di khemah yang telah disediakan di perkarangan rumah.
“Kenapa ni Nur Sakinah??”.Ummi memulakan bicaranya,dia harus tahu apa yang sedang melanda anak gadisnya sehingga menangis tersedu-seda pada hari bahagianya itu.
”Ummi kinah tak tahu nak cerita macam mana kat ummi,kinah tak sangka salah faham ini boleh terjadi”. Sakinah menutur bait demi bait dengan linangan air mata.
”ummi mendengar sayang,walau apa-apa pum masalah kinah ummi yakin pasti ada jalan penyelesaiannya ceritalah, ummi memujuk Sakinah lembut.
“Sebenarnya,Orang yang hendak melamar kinah buka Faris al-Fawwaz ummi, tetapi kamal Asyraf. Kinah menyuruh kamal Asyraf membawa rombongan meminangnya pada petang Jumaat itu,mati-mati kinah ingat tunang kinah selama ini Kamal Asyraf ,tidak pernah terlintas di benak kinah yang tunang kinah selama ini ialah Faris al-Fawwaz”.Sakinah mencerita pokok pangkal yang menyebabkan dirinya dilanda dilema.
“Tetapi pada petang Jumaat itu hanya satu rombongan sahaja yang datang meminang kinah iaitu rombongan Faris,Ummi dan abah terus bersetuju dengan perminangan tersebut kerana menyangka itulah rombongan peminangan yanag kinah cakapkan itu,”Ummi menerangkan dengan panjang lebar.
“Walau apa-apa pun yang sudah berlaku,ummi harap Kinah membuka hati kinah dan menerima jodoh ini dengan redha..Dia maha mengetahui sayang”.Hajjah Fatimah menenangkan Sakinah.
Malam itu solat berjemaah bersama ahli keluarganya pertama kali diimami selain abahnya dan abang longnya.Pertama kali juga dia berjemaah dengan suaminya.Merdu suara Faris al-Fawwaz mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran membuatkan dirinya sebak.Dia sepatutnya bersyukur kerana di kurniakan seorang suami sesoleh Faris.
 “Ya Allah andai dia diciptakan untukku,aku redha dan jadikanlah aku seorang isteri yang solehah” Doa Sakinah di dalam hati.
Saat dia mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh Faris terasa air matanya mengalir lebat.Saat dia mencium tangan Faris buat pertama kalinya dan Faris mengusap kepalanya membuatkan air matanya mengalir lagi terasa belaian Faris amat menyentuh hatinya.Dia begitu kagum dengan sikap Faris yang sangat tenang menangani kesalah faham yang terjadi pada hari itu.
Sebulan berlalu.dari kejauhan Sakinah melihat kamal Asyraf sedang menyandar di sebatang pokok di seberang jalan.Apabila Kamal Asyraf melihat sakinah di kejauhan,dia terus melangkah perlahan-lahan mendapatkan sakinah.dirinya sarat dengan kerinduan buat Sakinah dan dia ingin memohon maaf kerana terpaksa membatalkan rancangan pertunangannya dua bulan yang lalu tanpa sempat memaklumkan kepada Sakinah terlebih dahulu kerana telah didesak oleh mamanya supaya pergi menguruskan cawangan syarikatnya yang baru di buka di London harapannya agar Sakinah memaafkan kesilapannya dan memberi peluang kedua kepadanya..
Kali ini dia tidak akan menghampakan Sakinah lagi,jumaat depan dia nekad akan menghantar rombongan meminang sakinah di kampung.
”Assalamualaikum Nur Sakinah”.sapa Kamal Asyraf sambil tersenyum”.Sakinah hanya menjawab salam yang suci itu dengan nada yang perlahan.
“ya ada apa yang boleh saya bantu encik Kamal Asyraf??.”
“Kinah maaf kan saya kerana telah membatalkan majlis pertunangan kita dua bulan yang lalu,izinkan saya menjelaskan kenapa saya terpaksa buat begitu”.ujar Kamal Asyraf. .
“Untuk pengatahuan Encik Kamal Asyraf saya sudah berkahwin sebulan yang lalu”.Lalu Sakinah menunjukkan sebentuk cincin di jari manis sebelah kirinya dan meninggalkan Kamal Asyraf tanpa sempat Kamal Asyraf menghabiskan penjelasanya.
Bagi Sakinah tak perlulah dia mendengar apa-apa pum penjelasan daripada Kamal Asyraf kerana ia tidak dapat mengubah apa-apa dan dia sudah menjadi hak milik mutlak Faris al-Fawwaz dan dia sudah berazam akan mencintai suaminya sahaja dan akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah.Akhirnya gugur juga air mata lelaki Kamal Asyraf apabila mendapat orang yang dia sayangi sudah menjadi hak milik orang lain.
”Nur Sakinah engkau akan tetap menjadi hak milik aku suatu hari nanti”,jerik Kamal Asyraf sambil menumbuk sebatang pokok.
Pada petang sabtu,ketika Sakinah sedang bersiap-siap untuk keluar mencari barangan dapur bersama Nisa dia menerima tetamu yang tidak di sangka iaitu Nurul Imani abdul Rahman.Selalunya dia akan bersama-sama Faris membeli barangan dapur pada setiap hujung minggu ketika Faris ke Kuala Selangor untuk bertemu dengannya.Tetapi disebabkan pada hujung minggu ini Faris terpaksa ke Sabah untuk menghadiri mesyuarat persatuan pengguna-pengguna islam Malaysia menyebabkan dia terpaksa keluar mencari barangan keperluan bersama dengan Nisa.
“Jemput masuk Iman,datang sorang ke?” soal Sakinah.
“Aku datang sorang aje,Uwais tak tahu aku datang jumpa engkau” beritahu Iman.
Belum di soal tentang Uwais sudah dijwab oleh Imani.Dari riak wajahnya bagaikan ada masalah besar.
“Kenapa ni Iman bagitahu la”Sakinah tidak mahu Imani terus berperang dengan perasaannya sendiri.
“Kinah maafkan aku,aku berdosa dengan kau,aku sudah tak sanggup untuk menyimpan rahsia ini lagi,dengan keadaan aku yang dah sarat ini ia semakin membelenggu diri aku”.Tutur Nurul Imani dengan linaran air mata.
“Kenapa ni Iman aku tak faham apa yang engkau cakapkan ni,cuba Iman terangkan” Sakinah pelik dengan sikap Nurul Imani.
 “Kinah maafkan dosa-dosa aku ya” ..Iman mengengam erat tangan sahabatnya itu.
 “ Iman kau tak pernah buat apa-apa salah pun dengan aku,malah aku bersyukur engkau yang menjadi teman baik aku semasa kita sama-sama berjuang di bumi SMKAF,aku syangkan engkau”.Tutur Sakinah Lembut sambil mengusap tangan Iman.
“Aku dah buat salah Kinah,aku sudah merampas hak engkau, sepatutnya Uwais sudah menjadi milik kinah tapi aku pentingkan diri sendiri,aku lupa persahabatan kita aku khianati engkau Kinah,aku tak layak menjadi sahabat engkau”Iman berterus-terang sambil menyapu air matanya dengan jilbab yang dipakai.
“Kenapa Iman cakap macam tu”?.Sakinah menjadi tidak sedap hati mendengar pengakuan Imani dia mengosok kepala yang tidak gatal.
 “Sebenarnya Kinah,semasa di cairo Uwais terlibat di dalam satu kemalangan yang dasyat,sahabat dia Zaid meninggal di tempat kejadian,Apabila Doktor memberitahu peluang hidup dia 50-50 aku rasa dunia aku macam nak kiamat kerana aku sangat mencintai dia semenjak di tingkatan 1 lagi.tetapi dia tidak pernah tahu dan aku sebagai muslimah malu untuk memberitahunya”.Iman berhenti sambil menarik nafas perlahan sebelum menyambung kembali ceritanya.
“Tetapi dengan takdir Allah dia sembuh tetapi dia kehilangan daya ingatannya,dia tidak ingat apa-apa kinah,bahkan ayah dan ibu sendiri dia tidak ingat.Semasa kejadian kemalangan itu aku berada di tempat kejadian dan sempat mengutip sebuah diari milik Uwais.Aku membaca semua yang tertulis di dalam diarinya itu,termasuk janji dia kepada engkau Kinah.Aku tidak dapat menerima kenyataan dan diari itu aku buang di dalam sungai Nil agar ingatan Uwais terhadap engkau hilang sebagaimana diarinya dihanyut oleh sungai Nil.Setelah aku mengetahui keadaannya yang lupa daya ingatan,aku mula memberi perhatian kepadanya sehingga dia terasa terhutang budi kepada aku, dengan pertolongan daripada abang aku yang juga merangkap senior kepada Uwais,kami dikahwinkan dengan berwalikan abang aku”Iman menyudahkan ceritanya dengan esakan semakin kuat..
Sakinah hanya mengeleng dan dia tidak sangka kerana cinta Iman sangup mencemar maruah baiknya yang cukup terkenal dengan lemah-lembut serta kewarakannya.Dan barulah dia tahu cerita yang sebenarnya,maafkan ana Uwais kerana pernah berburuk sangka kepada anta..Sakinah berbisik di dalam hati.
“Iman sudah tercatat bahawa Uwais bukan milik aku dan dia tercipta untuk engkau Iman,aku redha serta memaafkan kesalahan engkau,lagipun jodoh itu rahsia Allah,dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk ummatnya”.Sakinah memujuk Iman yang masih teresak-esak.
“Dan aku harap biarlah rahsia ini tetap menjadi rahsia,hanya engkau dan aku yang tahu”.Pinta Sakinah.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi yang berlalu biarlah berlalu dia tidak mahu salahkan sesiapa di dalam hal ini kerana dia yakin jodoh itu sudah di tetapkan oleh Allah dan saat ini dia juga sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama Faris.
Cinta selepas kahwin begitu indah dan mengasyikkan kerana apa yang haram sudah menjadi halal.Dia dibuai oleh cinta Faris al-Fawwaz walaupum terpaksa berPJJ lagi iaitu singkatan kepada perkahwinan jarak jauh kerana sementara Faris di Kuala Terengganu dan dia masih lagi mengajar di kuala selangor dan masih dalam proses pertukaran ke mana-mana sekolah di sekitar Kuala Terengganu.Walaupum berPJJ tiap-tiap hujung minggu Faris pasti memandu ke Kuala Selangor untuk bertemu dengannya walaupuu sudah dilarang olehnya.
Kini dirinya disahkan hamil dua minggu,bertambah sayang Faris terhadap dirinya.Dia dilayan seumpama puteri oleh Faris apa yang diminta pasti akan ditunaikan.Tidak disangka Faris yang dahulunya sangat terkenal dengan ketegasannya rupa-rupanya amat penyayang dan romantik sekali.
Seminggu berlalu bagaikan setahun dirasakan oleh Sakinah,seminggu tidak menatap wajah insan yang disayangi membuatkan Sakinah dilanda rindu yang maha hebatnya dan cuti hunjung minggu menjengah kembali.
Lewat petang itu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah sewanya.tiba-tiba sakinah terasa sakit di bahunya lalu dia pengsan tidak sedarkan diri.
Apabila terjaga dia melihat kamal Asyraf sedang merenungnya dengan tajam sekali.
“Kamal tolong jangan apa-apakan saya”,rayu Sakinah, dilihat kamal Asyraf tidak seperti Kamal Asyraf yang pernah dia kenali .
 “Aku cintakan kau Sakinah,aku sayang sangat kat kau,kenapa engkau tak tunggu aku hah?”.jerkah Kamal Asyraf dirinya bagai kerasukan syaitan.Sakinah hanya mampu berdoa agar dirinya tidak diapa-apakan oleh Kamal.Dia tidak sangka Kamal Asyraf sanggup menculiknya ketika pulang dari sekolah pada petang itu.Dia telah di pengsankan oleh Kamal Asyraf dan dia sekarang telah dikurung di sebuah bilik darjah di sekolahnya.
Dan pada petang itu setelah beberapa kali Faris cuba menelefon Sakinah untuk memberitahu bahawa dia dalam perjalanan menuju ke Kuala Selangor. Tetapi tidak di jawab oleh Sakinah pada fikirannya mungkin Sakinah penat dan tertidur.Dilihat jam ditangan yang menunjukkan sudah pukul 8.30 minit malam,dan kini dia mencuba lagi ketika berhenti di sebuah stesen minyak.
“Hello Assalamualaikum sayang”.Faris bersuara ceria apabila panggilannya dijawab oleh isteri tersayang.
“Kau dengar sini Faris,kalau engkau nak Sakinah selamat aku minta engkau lafazkan cerai kepada dia sekarang juga!”.dia milik aku.
Terdengar suara lelaki di corong telefon milik isterinya membuatkan Faris bergitu terkejut sehingga terlepas handset di pegangannya.Apa yang sudah terjadi,hanya sakinah yang berada di fikirannya.Cepat-cepat dia mengutip handset di kaki dan mendail number Nisa.
“Hello Nisa,Sakinah dah pulang ke belum?”soal Faris cemas tanpa sempat memberi Salam.
 “Sakinah tak pulang ke rumah hari ini,dia ada hantar mesej petang tadi,dia bagi tahu ada kecemasan di kampung”.kenapa Faris?soal Nisa.
Dia merasakan ada sesuatu yang sudah terjadi. “Nisa,Sakinah diculik,penculiknya menyuruh ana lafazkan talak kepada Sakinah”.beritahu Faris.
Ya Allah selamatkanlah sahabatku doa Nisa dalam hati.
“Faris,Nis rasa kita patut buat laporan polis sebelum perkara lebih buruk terjadi kepada Kinah”.Cadang Nisa.
“Kamal saya lapar,boleh berikan saya sedikit makanan”.Rayu Sakinah lembut.
Buat masa sekarang dia tidak boleh melawan tetapi dia hendaklah bijak memainkan emosi
“kinah lapar ya,tunggu kejap ya sayang abang pergi belikan makanan”. Jawab Kamal Asyraf sambil mendapatkan pintu.
 Selepas Sakinah merasakan Kamal sudah pergi jauh dan berada dalam keadaan yang selamat dia terus mendapatkan handsetnya yang berada di atas lantai dan terus mendail nombor Faris.Selepas beberapa saat panggilan bersahut
“Abang tolong selamatkan kinah bang” terdengar suara Sakinah tersekat-sekat.
“Sayang kat mana sekarang?”. Soal Faris cemas.
Selepas memeberitahu lokasi dia dikurung terdengar pintu di hempas kuat.
“kau memang perempuan tak guna”.Jerit kamal apabila melihat Sakinah sedang bercakap dengan seseorang menggunakan handsetnya.
Kamal terus merampas handset tersebut lalu membalingnya ke dinding,terdengar dentuman kuat apabila handsetnya berlaga dengan dinding habis berkecai handset Sakinah.Kamal terus mendapatkan Sakinah lalu disentap jilbabnya hingga menampakkan rambutnya.
“Cantik rambut Sayang” Kamal memegang rambut lurus Sakinah.
“Allahu akhbar”laung Sakinah kuat,dia tidak ada kudrat setanding dengan kamal tetapi dia tahu kuasa Allah lebih hebat lagi.
“Kau ingat Allah akan tolong kau hah” jerit Kamal di telinga sakinah.
“Dia maha mendengar kamal,InsyaAllah dia akan menolong hambanya yang lemah ini” Sakinah membalas dengan penuh keyakinan.
Dek kerana terasa tercabar Kamal terus mencekik leher Sakinah kuat.
“Berhenti” Serentak itu Faris muncul bersama dengan Nisa.
 “oh..inilah orang yang sudah merampas kekasih aku ya” Kamal Asyraf menempik kuat.
Di tolak sakinah yang lemah longlai kuat sehingga menyebabkan Sakinah jatuh terduduk.
“Ya Allah Kinah” Nisa mendapatkan Sakinah yang dilihat tidak bermaya.Tiba-tiba Nisa melihat cecair merah mengalir di kaki Sakinah yang tidak bersepatu.
Kamal Asyraf mengeluarkan sebilah pisau dan pergelokan berat sebelah terjadi.Faris sedaya upaya menepis setiap tujahan yang dilakukan oleh Kamal asyraf.
Ilmu persilatan yang pernah dituntut olehnya ketika di zaman persekolahan di gunakan sepenuhnya sehingga membuatkan Kamal Asyraf tersunggur dan tidak bergerak lagi. Apabila melihat Kamal Asyraf sudah tersungkur dia terus mendapatkan Sakinah untuk di bawa ke hospital.Tiba-tiba Kamal Asyraf bangun dan terus menikam di sebelah kiri Faris sebelum sempat Faris bertindak apa-apa
“Ya Allah Faris” Nisa menempik kuat.
Disaat itu bang...bang...terdengar beberapa das tembakan yang mengenai batang tubuh kamal Asyraf,lalu Kamal Asyraf jatuh tersungkur setelah mengenai beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis yang baru tiba.Muka Nisa turut terkena percikan darah Kamal membuatkannya turut pengsan.
“Abang jangan tinggalkan Kinah bang”Rayu Sakinah ketika mereka berselisihan sebelum masing-masing dibawa ke bilik pembedahan.
Dia memegang erat tangan Faris yang tidak sedarkan diri.
“Allah,selamatkan lah suamiku”rintih Sakinah di dalam hati.
Tikaman yang berdekatan jantung membuatkan ia parah.
“Ya Allah sakitnya”rintih Sakinah perut yang memulas membuatkan dia turut tidak sedarkan diri.
Kota Bharu,Di wad bersalin Hospital Nisa’ Uwais sedang membaca al-Quran demi menenangkan jiwanya yang sedang bergelisahan takkala Iman sedang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat untukknya.
“Ya Allah selamatkanlah isteri dan anakku”doa Uwais tidak putus-putus.
Selepas beberapa jam berlalu Dr Sumaiyyah keluar dengan wajah yang sugul.
“Tahniah Encik mendapat anak perempuan,tetapi maafkan saya isteri encik tidak dapat diselamatkan,Allah lebih menyayangi dirinya,saya harap encik bnayak-banyak bersabar ya” .Dr Sumayyah menyampaikan khabar gembira dan sedih kepada Uwais.
Datang Nurse memberikan puterinya untuk di azan dan iqamatkan.Terasa begitu sayu sekali suara Uwais mengalunkan azan di telinga puterinya sambil bibirnya bergetar hebat menahan tangis.
Uwais mencium dahi puterinya seraya berbisik “kesian anak abi dilahirkan sebagai yatim”.Akhirnya tumpah jua air matanya apabila puterinya merengek kerana dahagakan setitis susu ibu.
 “Ya Allah di mana aku”,Saat Sakinah membuka mata,dia sudah berada di suatu tempat yang amat asing sekali.
Dia terasa amat takut dengan kesunyian itu,dilihat banyak jalan yang bercabang di hadapannya.Dia tidak tahu jalan mana yang harus dilalui,dipilih jalan yang paling kanan sekali dan apabila menyusuri jalan tersebuat dia kembali pulang di tempat dia mula-mula tersedar.Lalu satu persatu jalan dilalui dan dia tetap kembali ke tempat dia mula-mula tersedar.Sakinah menjadi buntu dan disaat dia merasa putus asa sambil menangis teresak-esak dilihat Faris al-Fawwaz berpimpin tangan dengan seorang budak lelaki yang memakai pakaian serba putih datang dengan membawa lampu yang sangat terang.
 “sayang jangan menangis,yakin dan bersabarlah dengan setiap dugaan yang mendatang dan tetaplah berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Nabi kita, nescaya sayang akan menemui jalan pulang”.
Bagaikan ada sinar yang menerangi apabila melihat Faris-al Fawwaz di hadapannya,tetapi dia kehairan melihat budak lelaki berada bersama-sama suaminya.
“Abang ini anak siapa”tanya Sakinah apabila melihat budak lelaki yang berada di sisi suaminya itu. 
“Ummi,walaupum saya ditakdirkan tidak dapat bersama-sama dengan Ummi di dunia tetapi saya akan menunggu ummi di akhirat nanti,walaupun hanya sekejap diberi peluang oleh Allah untuk singgah di rahim ummi tetapi saya merasa bahagia kerana ummi selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran kepada saya sebagai peneman supaya saya tidak kesunyian” tutur budak kecil itu.
 Dia bagaikan tidak percaya dapat berjumpa dengan anak yang masih di dalam rahimnya.
“Sayang abang harus pergi” Faris meminta diri lalu dia memberi lampu yang dipegangnya kepada Sakinah.
“Abang bawalah Kinah sekali,Kinah nak bersama-sama abang dan anak kita” rayu Sakinah sambil menangis,dia merasakan akan ditinggalkan selamanya oleh Faris.
“Maafkan abang,perjalanan hidup sayang masih panjang dan abang akan menunggu sayang disana nanti”.
Sakinah melihat keduanya berjalan meninggalkannya “Abang jangan tinggalkan Kinah”rayu Sakinah.
Apabila keduanya hilang di sebalik kabus yang tebal,dia terus berlari mengejar mereka tetapi tidak menemuinya.Abang jangan tinggalkan Kinah...Abang....Abang...sakinah memanggil-manggil nama Faris.
Akhirnya dia tersedar setelah mendengar namanya dipanggil-dipanggil.Matanya dibuka seluas-luasnya dan dia melihat Ummi,abah dan Nisa di sekeliling katilnya.Dia hendak bergerak tetapi merasa tersangat sakit di ari-arinya.Sakinah meraba-raba perutnya,tahulah bahawa anaknya sudah tiada lagi di dalam rahimnya,dia hanya mampu menangis
 “Mana abang Faris?”soal Sakinah.Ummi hanya menangis,tidak sanggup untuk dia menyampaikan berita tersebut,pemergiaan Faris akan menambah lagi kesakitan Sakinah.
“Ummi, Kinah tanya ni mana abang Faris?”soal Sakinah sambil mengoncang tangan umminya.
Nisa yang melihat keadaan itu sudah tidak mampu bertahan,dia berlari keluar dan menghamburkan tangisannya.Dia tidak snggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh Sakinah.
“Kinah sabar ya”bisik abah di telinga Sakinah sambil mengusap belakang Sakinah.
 “Allah lebih sayangkan Faris,redhai permergiaanya nak” abah menyampai jua berita pemergian Faris walaupun pahit harus di telan jua.
Beratnya ujian Sakinah,kehilangan suami dan anaknya sekali gus..Akhirnya Sakinah pengsan tidak sedarkan diri buat kali kedua.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan islam kampung Aman Bahagia,dua liang lahad digali.Satu untuk Nurul Imani dan satu lagi untuk Muhammad Faris al-Fawwaz bersama anaknya.Mereka berasal dari kampung yang sama,membesar bersama,melangkah ke alam persekolahan bersama,mereka hanya berpisah apabila masing-masing membawa haluan berlainan menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dan sudah ditakdirkan mereka pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada waktu dan tarikh yang sama.Hanya amal yang dapat menetukan ke mana arah tuju mereka selepas ini.
Dua tahun kemudian...........
Nur Sakinah!!,Sakinah berpaling apabila mendengar suara memangil –mangil namanya lalu dia melihat seorang anak kecil berlari menuju kearahnya lalu memeluk betisnya.
 “Kenapa Sakinah nakal ni,dah tak nak dengar cakap abi lagi”Terdengar suara dari arah belakang membuatkannya berpaling.
“Uwais” sebaris nama terkeluar dari bibirnya.
Bagaikan tidak percaya dia akan bertemu dengan Uwais di sungai Nil bumi Mesir bukan di Malaysia.
Mereka mengetahui kisah hidup masing-masing dan siapa tidak tahu kisah sedih yang menimpa mereka berdua,bagaikan semalam baru berlaku.kisah mereka banyak mengundang air mata para sahabat-sahabat mereka.
 “Kinah buat apa kat sini?”.soal Uwais.Dia sebenarnya begitu terkejut kerana tidak menyangka  akan bertemu Sakinah di Mesir.
“Mencari ketenangan”.jawab sakinah sambil tersenyum.
 “Dan awak buat apa disini”.Soal Sakinah kembali.
“saya juga ingin mencari Nur Sakinah (cahaya ketenangan )di bumi Anbia ini” jawab Uwais.
 “Abi nak ais-krim”,terdengar suara halus milik puterinya.
Ya Allah maafkan abi sayang, “Ini Saya kenalkan ini anak saya dan arwah Iman,Nur Sakinah Mawarddah”  nama yang dipilih oleh Nurul Imani sebelum dia sempat melihat puterinya.
Uwais memperkenalkan anak kecil yang baru sahaja memeluk betisnya tadi.
“Assalamualaikum Nur Sakinah junior”.sapa Sakinah lembut.
Salam di jawab perlahan.Sakinah junior dilihat malu-malu dan menyorok di belakang abinya.
Pertemuanya semula dengan Uwais dan Nur Sakinah Mawarddah di bumi Mesir bagaikan ditakdirkan oleh yang maha Kuasa.Siapalah dia untuk menidakkan kuasa Allah yang maha Agung itu.Dan saat lamaran Uwais mengetuk hatinya.Siapalah dia untuk menidakkan ketentua Illahi.Setelah Saat lafaz Sakinah dilafazkan oleh Uwais,maka Nur Sakinah telah sah menjadi miliknya.Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik mereka berdua.
Wallahualam....










2 comments:

  1. Cerita yg berlatar belakangkan islamic dan best sgt..

    ReplyDelete
  2. Sy nk tgur ckit..maaf yaa..yg ayt dibawah ni
    -lagipun jodoh itu rahsia Allah,dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk ummatnya-
    Kita bkn Ummat Allah yaa..Kita Hamba Allah & Ummat Nabi Muhammmad SAW..
    Dan PJJ tu Program Jarak Jauh��

    ReplyDelete