Tentang Amaran ribut yang bernama sonamu ni baru je aku dengar khabarnya.
Cari sana cari sini akhirnya aku dapat tahu ribut ini sekarang sedang bergerak laju ke pantai timur Malaysia.Khususnya di negeri Terengganu,kelantan dan Pahang.Cu baca sendiri kat sini dan sini..
Kat Bawah ni image yang telah ditangkap oleh pihak Nasa di Laut China Selatan.
Selepas melihat Image tu...Ya Allah takut nyer...sebabnya...sebabnya aku duduk di salah sebuah negeri yang di ramal bakal di hentam oleh ribut Tropika Sonamu ini...
Ribut Tropika ini diramal melanda Pantai Timur Malaysia Pada 8jan (selasa) pada kelajuan 65Km sejam.,Manakal Hujan sekejap-sekejap di jangka akan berlaku di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang bermula besok iaitu 7 jan (isnin).Dan berkemungkinan akan mengakibatkan banjir di sekitar kawasan yang bertanah rendah.
Jabatan Metereologi Malaysia juga telah mengeluarkan Amaran hujan lebat (peringkat kuning) pada 7:10pm pada 5 jan Sehingga 9 jan (rabu).
- Rakyat-rakyat pantai Timur khususnya dinasihati agar berada dalam keadaan berjaga-jaga,segala kemungkinan bakal berlaku walaupun masih di peringkat Amaran.
- Juga di minta agar menjauhi kawasan pantai (ya Allah selamatkan sahabat-sahabatku yang tinggal berdekatan Pantai).
- Banyak-banyak berdoa agar Ribut ini tidak membadai negeri-negeri pantai timur khususnya.
- Pakat-pakat buat solat hajat,mohon perlindungan,Sesungguhnya Dia lah Maha melindungi.
kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Ribut tropika ni boleh baca kat sini.Dan rakan fb sini yang banyak menyalurkan maklumat.
Jom kongsi maklumat sama-sama..
Semoga Allah melindungi kita...Amin....
No comments:
Post a Comment